RAHSIA MENARIK REZEKI? 7 PERKARA REZEKI DATANG TANPA DI SANGKA- SANGKA?

Posted by PerimAdmin on November 14, 2018 with No comments






RAHSIA MENARIK REZEKI? 7 PERKARA REZEKI DATANG TANPA DI SANGKA- SANGKA?

(REZEKI 1)

1) BUANG SIKAP PENTINGKAN DIRI -PUPUK SIKAP PRIHATIN YANG SEMAKIN  HILANG???
"Sikap mengambil tahu" hampir dilupakan . Istilah lain "prihatin" makin terhakis dikalangan masyarakat maju sekarang. Kita sering melihat kehidupan di bandar lebih bersikap " berkecuali" dengan kurangnya mesra diantara satu sama lain.
Masyarakat di bandar lebih suka mementingkan diri sendiri. Kadangkala jiran depan rumah pun susah nak kenal. Lebih sedih mungkin nama jiran pun tak tahu.  Budaya prihatin atau budaya mengambil tahu ini makin hilang ditelan zaman. Hubungan silaturahim makin terhakis dan hilang mengikut peredaran zaman. 
Lain pula dengan masyarakat dahulu, mereka prihatin dengan jiran tetanga  dan saling mengenali , bertolak ansur , bertimbang rasa, bergotong royong dan saling bantu membantu.Dahulu budaya ini telah mengurangkan kadar jenayah, masalah gejala sosial  dapat dikurangkan.Apabila masyarakat prihatin ini tiada siapa yang berani membuat onar dan cuba mencemarkan nama kampung tersebut. Nak bawa anak gadis kampung pun takut, balik lewat malan takut kena tahan depan simpang. Kini semua tu semakin hilang apabila generasi baru datang dan semakin membesar. Kurang di pupuk pada generasi kini. Maka berlakulah perpecahan dikalangan masyarakat akibat pentingkan diri.

REZEKI KE-2

2) BANYAKKAN MEMBERI- BUANG SIKAP PENTING HARTA 

ayat alquran :-   ALLAH SWT BERFIRMAN: 


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. ( al munafiqun -9)



Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.  (ayat - at- Taghabun: 15 )

kesimpulan daripada ayat diatas ialah sesiapa sahaja yang memilih atau melebihkan harta dan anak- anaknya lebih dari mematuhi perintahnya  dan menjauhi larangan- Nya, maka orang yang sedemikian itulah sangat rugi dan akan menyesal di kemudian hari. 


Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa. (al baqarah : 180



"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

Tentunya kita tidak mungkin dapat mengetahui hubungan harta yang keji dengan terpuji, melainkan di ketahui dahulu nikmat harta, tujuanya serta bencana yang mungkin  timbul daripadanya. apabila  kita mengetahui semuanya ini akan tersingkaplah di hadapan kita bahawa harta itu benar - benar sukar untuk di bahaskan. hai ini kerana, harta itu di lihat  dari sudut yang merupakan kebaikan, tetapi  dari satu sudut yang lain pula merupakan satu keburukan. 

Hendaklah seseorang yang memiliki harta itu menafkah hartanya untuk kepentingan manusia lain secara umum.

Saya akan memulakan bab memberi ini dengan satu soalan:

Berapa ringgitkah yang anda sedekah setiap hari? bulan? dan tahun? adakah ia mencapai lima peratus dari pendapatan ?
Anda tidak perlu berkongsi dengan saya jawapannya? Cukuplah ia rahsia anatara anda dengan Tuhan sahaja . Saya berharap sedekah anda lebih dari itui, yang saya ingin kongsikan adalah bagaimana sedekah (memberi) mampu memberikan impak besar, merubah keselruhan kehidupan manusia dengan magis yang Tuhan janjikan melaluinya. 

Saya pernah mengalami epifani itu. kini saya kongsikan dengan harapan, titik perubahan sama kan berlaku dalam hidup anda. 
Saya akui, dahulu saya amat liat bersedekah. Jika tabung masjid solat jumaat lalu depan saya, Seringgitlah  sahaja yang saya masukan kedalam tabung. Itupun tabung "bernasib baik"  kerana selalunya saya buat tidak endah sahaja.  
Lazimnya, hujah yang saya bisikan adalah " orang lain dah banyak sedekah dah......' jika tersua pengemis tepi jalan, saya cuba elak beralasan,  " kalau seorang sedekah seringgit, setiap hari lalu dua ratus orang' huh! kaya pakcik tu! . Itulah masalahnya bila sedekah di fahami sebagai "untung kepada orang lain, rugi kepada diri sendiri".    
Bila kita bersedekah, ia adalah untuk kebaikan diri kita kerana Allah akan membalas berkali ganda. Balasan dalam bentuk rahmad, magfirah,dan barokah Nya dalam kehidupan.dengan bersedekah juga Allah akan melapangkan rezeki kita. Maknanya sedekah adalah pelaburan bukannya kerugian.
Ia selari dengan nasihat Rasullulah: -

"Barangsiapa melapangkan kesusahan (kesempitan) seseorang di dunia maka Allah akan melapangkan baginya kesusahan hari kiamat dan barangsiapa memudahkan kesukaran seseorang maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat"
                                                                                                                                          (Riwayat Muslim)
"Berinfaqlah dan janganlah kamu menghitung-hitung hartamu, kerana Allah juga akan menghitung-hitung rezekiNya untukmu, dan janganlah engkau bakhil dengan hartamu, kerana Allah juga akan bakhil kepadamu.
                                                                                                                                  (Hadis riwayat Bukhari)

nantikan sambungannya 

Alhamdulillah program memberikan bantuan kepada golongan asnaf menjadi keutamaan pertubuhan kami . Untuk membantu mengurangkan beban yang dialami oleh mereka yang memerlukan . Pemberian barangan dapur ini salah satu aktiviti yang kami anjurkan untuk menarik minat masyarakat untuk lebih prihatin dengan jiran tetangga yang susah  . Kadang golongan susah ini  ini sering dilupakan  . Pelbagai aktiviti kemasyarakatan di adakan untuk memupuk silaturahim dikalangan masyarakat majmuk . 

Anda memrlukan bantuann barangan dapur. dan lain -lain inshallah  silalah hubungi kami  sedia membantu anda seperti
- asnaf
- ibu tunggal
- golongan yang memerlukan

Anda ingin memberikan sumbangan kami mengalu - alukan ..
Sila hubungi urusetia kami di talian 013 7842499