PEMBERIAN BANTUAN KEPADA GOLONGAN ASNAF, FAKIR MISKIN, DAN ANAK YATIM

Posted by PerimAdmin on November 25, 2018 with No comments

















Semenyih , Pertubuhan Ekonomi Pengguna Rakan Islam Malaysia telah menganjurkan pemberian asnaf dengan sumbangan orang ramai, aktivit jualan amal yang dilakukan oleh Biro kebajikan dianggotai oleh 10 orang yang telah mengelolakan  pada program tersebut.

Seramai 350 keluarga asnaf di bawah Parlimen hulu langat yang telah diberikan bantuan barangan dapur. berbentuk barangan asas seperti gula beras, minyak  dan pelbagai produk sherwanis
.

Setiap bulan  minggu ke -3  bantuan ini disalurkan  dari hasil jualan produk sherwanis serta sumbangan dana yang telah diberikan oleh mereka yang prihatin dengan kehadiran kami.

selain dari itu juga, Asnaf yang berpotensi akan di bantu di bawah Biro usahawan. pelbagai aktiviti Keusahawanan akan di jalankan di semenyih . Program yang di jalankan pada tahun 2018 dan tahun 2019  telah disusun  dengan teliti . Program Franchise dengan bantuan modal perniagaan diberikan seperti bantuan peralatan perniagaan. mereka yang akan mula berniaga .Menjual produk makanan seperti Mee kari, gerabox kambing, pelbagai aneka sup dan burger bakar . kesemua bahan masakan ini menggunakan produk sherwanis .

kerjasama dengan Syarikat Sherwanis membantu ramai usahawan dengan ketengahkan produk sherwanis dalam mengukuhkan dan memperkenalkan produk sherwanis di mata pengguna. membantu mereka yang memerlukan untuk meningkatkan ekonomi pengguan dan mereka yang memerlukan.


kepada mereka yang diluar sana ingin menyertai program keusahawanan yang dianjurkan oleh Biro Usahawan Pertubuhan Ekonomi Pengguna Rakan Islam Malaysia. dan menjadi ahli surelawan kami  bolehlah hubungi kami di talian 0137842499 untuk pertanyaan.