• VISION ENTREPRENUERS ACADEMY

    Akademi ini merupakan satu badan bebas yang lahir atas rasa tanggungjawab dalam usaha melahirkan individu yang bebas dari bebanan hutang serta memiliki aset masa depan yang mencukupi. Bersandarkan kepada kredibiliti mereka yang terlibat sebagai tulang belakang VEA dari pelbagai cabang pengalaman, kami amat berkeyakinan segala perancangan yang telah disusun mampu direalisasikan.

    Read More
  • VISION ENTREPRENUERS PROPERTY

    VEP Asset Management, syarikat hartanah kita, bertanggungjawab untuk membuat pelaburan yang besar dalam bidang ini - daripada pengambilalihan villa mewah dan resort percutian, ke hotel di seluruh Asia dan juga hartanah komersil di pelbagai negara. Cabang pengurusan projek kami, VEP mengendalikan pengurusan dan operasi pelbagai inisiatif kepentingan khas bagi Kumpulan.

    Read More
  • MENTORING AND COACHING

    Ramai yang mahu tahu bagaimana, VEA dapat membantu rakanniaganya untuk mendapat sesuatu hartanah itu, disinilah kita bermula, saya akan kongsikan dengan anda bagaimana kami di VEA mengubahnya menjadi realiti, HAdir di Program kami di AYER KEROH COUNTRY RESORT pada 30hb Ogos 2014 jam 8.30pg, Jumpa anda disana.

    Read More
  • MENTORING AND COACHING

    Ramai yang mahu tahu bagaimana, VEA dapat membantu rakanniaganya untuk mendapat sesuatu hartanah itu, disinilah kita bermula, saya akan kongsikan dengan anda bagaimana kami di VEA mengubahnya menjadi realiti, HAdir di Program kami di AYER KEROH COUNTRY RESORT pada 30hb Ogos 2014 jam 8.30pg, Jumpa anda disana.

    Read More
  • VISION ENTREPRENUERS HOSPITALITY

    VEA telah melabur dalam beberapa Kondominium dan Rumah untuk dijadikan Hotel Bajet melalui anak syarikat kami yaitu VEP dan telah membenarkan ribuan ahlinya memegang sebahagian saham pelaburan dalam pembinaan hotel-hotel Budget dan rumah persinggahan.

    Read More

Sunday 25 November 2018

PEMBERIAN BANTUAN KEPADA GOLONGAN ASNAF, FAKIR MISKIN, DAN ANAK YATIM


















Semenyih , Pertubuhan Ekonomi Pengguna Rakan Islam Malaysia telah menganjurkan pemberian asnaf dengan sumbangan orang ramai, aktivit jualan amal yang dilakukan oleh Biro kebajikan dianggotai oleh 10 orang yang telah mengelolakan  pada program tersebut.

Seramai 350 keluarga asnaf di bawah Parlimen hulu langat yang telah diberikan bantuan barangan dapur. berbentuk barangan asas seperti gula beras, minyak  dan pelbagai produk sherwanis
.

Setiap bulan  minggu ke -3  bantuan ini disalurkan  dari hasil jualan produk sherwanis serta sumbangan dana yang telah diberikan oleh mereka yang prihatin dengan kehadiran kami.

selain dari itu juga, Asnaf yang berpotensi akan di bantu di bawah Biro usahawan. pelbagai aktiviti Keusahawanan akan di jalankan di semenyih . Program yang di jalankan pada tahun 2018 dan tahun 2019  telah disusun  dengan teliti . Program Franchise dengan bantuan modal perniagaan diberikan seperti bantuan peralatan perniagaan. mereka yang akan mula berniaga .Menjual produk makanan seperti Mee kari, gerabox kambing, pelbagai aneka sup dan burger bakar . kesemua bahan masakan ini menggunakan produk sherwanis .

kerjasama dengan Syarikat Sherwanis membantu ramai usahawan dengan ketengahkan produk sherwanis dalam mengukuhkan dan memperkenalkan produk sherwanis di mata pengguna. membantu mereka yang memerlukan untuk meningkatkan ekonomi pengguan dan mereka yang memerlukan.


kepada mereka yang diluar sana ingin menyertai program keusahawanan yang dianjurkan oleh Biro Usahawan Pertubuhan Ekonomi Pengguna Rakan Islam Malaysia. dan menjadi ahli surelawan kami  bolehlah hubungi kami di talian 0137842499 untuk pertanyaan.




Wednesday 21 November 2018

NGO - PERIM LANCARKAN PROGRAM ASNAF SETIAP BULAN










Lawatan kerja ke Rumah kebajikan kanak- kanak .


Lawatan kerja oleh dato wan selaku aktivis pertubuhan ekonomi pengguna rskan islam malaysia telah hadir dan memberikan sumbangan Dan sedikit pertolongan  setiap bulan kepada mereka yang memerlukan .

Terima kasih atas penyumbang orang ramai yang telah memberikan sumbangan berbentuk wang tunai Dan barangan ..

Terima kasih juga kepada mereka yang sudi beli produk sherwanis di bawah pertubuhan kami..

Kami juga mempelawa mereka yang Ingin menjadi anggota sukarelawan kami. Dan menjadi penyumbang tetap kami...

Projek terbaru kami membuka kompleks kebajikan asnaf Dan memerlukan  RM 500k untuk Kos renovation , peralatan Dan kenderaan

Semoga bantuan anda Dan sumbangan anda membantu kami Allah mudahkan Dan berkatinya

Segala pertanyaan bolehlah whatsap ke : 0137842499

Thursday 15 November 2018

KESAN BURUK MONOPOLI WARGA ASING ?








Kesan keburukan kepada peniaga dan usahawan bumiputra..

Kesan keburukan kepada usahawan melayu yg ada produk sendiri mereka sering kali di tolak untuk membekalkan produk tersebut sampai kepada pelanggan tersebut . Apabila mereka berhutang.. mereka akan mengelak untuk tidak membayarnya.. alasan dah tukar pemilikan .. kerajaan haruslah memandang serius menangani masalah ini ..
Isu mereka berkahwin dengan wanita tempatn haruslah di hentikan..kesedaran mereka yg datang bekerja tidak di benarkan berkahwin ... dengan warga Bangladesh dan lain2..
Minta SPRM siasat pengeluaran lesen PBT kpd peniaga asing yg menjalankan perniagaan runcit, restoran, pasar mini dan pemborong. 
Kedai Runcit : Warga Aceh Indonesia 
Kedai Makan : Thailand
P.Borong : Bangladesh dan Myamar
Kami difahamkan,

 Pihak Imigresen tidak pe




rnah keluarkan permit untuk mereka menjalankn perniagaan tersebut kecuali permit kerja sementara. 

Kami minta SPRM siasat segera terutama di di kedai runcit, restoran dan kedai makan yg diusahakan oleh warga Thailand di seluruh negara. Mereka telah rampas hak org tempatan, termasuklah pekerja yg didatangkn terus dr negara mereka. Kenapa udg2 negara kita tdk peduli hal2 yg nampak terpencil ini sedangkan mereka telah membawa pulang wang kita ke negara mereka. Mereka tidak perlu membayar insuran, sokso, kwsp dan lhdn. Bayangkn klu kita nk buka kedai di Thailand, Jakarta, China dan sebagainya, mana mungkin kita diberikan layanan seperti disini.. Harap semua pihak BUKA MATA SELUAS²NYA.
#Malaysia Baru
#Kerajaan Berintergriti
#Rakyat Kayaraya

Sekian : SuaraRakyat

EKONOMI WARGA ASING MERUGIKAN NEGARA?















EKONOMI WARGA ASING SATU ANCAMAN ? 

Ekonomi di monopoli oleh warga asing lesen PBT di alibabakan ???

Mudahnya mereka berniaga dengan mudah tanpa sekatan!!!

Tahukah anda, hari ini perniagaan runcit di kuasai oleh warga asing, seperti warga aceh, nepal bangladesh, menjadi satu entiti persaingan ekonomi masa kini.
Tahukah anda, mereka mengaut keuntungan setiap bulan dan menghantar ribuan Ringgit ke luar negara..dan mengeksplotasi pasaran dan ekonomi.. kebanjiran warga asing mengugat kestabilan ekonomi .. 

pemborong cina yg banyak suport peniaga asing ini.. pengedar melayu di tindas.. apabila peniaga cina memberi hutang ..mereka boleh membayar secara konsisten setiap minggu.. apabila pengedar atau usahawan melayu ingin mengedar. Mereka membuat terms secara consignment..kadangkala berbulan3 bil susah hendak membayar..
Pengedar melayu menjadi peminta sedekah untuk meminta hutang sendiri.. lepas berbulan3 mereka memberi alasan dah bertukar tuan ..
Kerajaan haruslah memandang serius perkara ini.. susahnya peniaga melayu hendak bersaing di pasaran masa kini untuk mengimbangi ekonomi...
Peniaga melayu di tindas sehinggakan tiada ruang untuk memasuki pasaran sedia ada. Saya menyarankan pihak berkuasa tempatan dan imigresen harus bertindak tegas. Mereka menjadikan wanita melayu sebagai alat untuk berniaga di malaysia dengan sewenang2 nya... kenapa mereka x nak berkahwin dengan bangsa cina , dan tidak pula berkahwin dengan bangsa india. Kerana mereka menjaga keturunan mereka... begitu mudah sekali mereka berkahwin disini walhal mereka ada isteri di sana.. bahkan kerana berhidung mancung muka ala bollywood ala2 hirtik roshan dan shah rukh khan .. inilah senjata mereka menjual cinta..
Dimanakah perundangan yg adil, peniaga runcit melayu di bandar. Sudah pupus dan kini di mana pelusuk felda peniaga asing bermaharaja lela..kenapa????
Pasaraya jauh sekali , datang berkali3 untuk masuk pasaran banyak alasan dan prosedur yang menyusahkan!!!
Kesan keburukan kepada usahawan melayu yg ada produk sendiri mereka sering kali di tolak untuk membekalkan produk tersebut sampai kepada pelanggan tersebut . Apabila mereka berhutang.. mereka akan mengelak untuk tidak membayarnya.. alasan dah tukar pemilikan .. kerajaan haruslah memandang serius menangani masalah ini ..
Isu mereka berkahwin dengan wanita tempatn haruslah di hentikan..kesedaran mereka yg dtg bekerja tidak di benarkan berkahwin ... dengan warga Bangladesh dan lain2..
Minta SPRM siasat pengeluaran lesen PBT kpd peniaga asing yg mnjalankn perniagaan runcit, restoran, pasar mini dan pemborong. 
Kedai Runcit : Warga Aceh Indonesia Restoran : India (mamak)
Kedai Makan : Thailand
P.Borong : Bangladesh dan Myamar
Kami difahamkan, phk imigresen tdk prnah keluara permit utk mereka mnjlankn perniagaan tersebut kecuali permit kerja sementara. 
Kami minta SPRM siasat segera trutama di di kedai runcit, restoran dan kedai makan yg diusahakan oleh warga Thailand di seluruh negara. Mereka tlh rampas hak org tempatan, trmasuklah pekerja yg didatangkn terus dr negara mereka. Kenapa udg2 negara kita tdk peduli hal2 yg nmpk trpencil ini sdgkn mereka tlh membawa pulang wang kita ke negara mereka. Mereka x pelu byr insuran, sokso, kwsp dan lhdn. Bayangkn klu kita nk buka kedai di Thailand, Jakarta, China dn sbginya, mana mgkin kita diberikan layanan seprti disini.. Harap semua pihak BUKA MATA SELUAS²NYA

Kerajaan tolong lah pandang serius, kesian peniaga melayu kerana lambakan kedai runcit asing dan usahawan produk bumiputra ingin berkembang kerana kekangan masuk pasaraya dan kedai runcit.di monopoli oleh mereka.. macamana mesej ingin di sampaikan terus kepada pengguna .. jika ruang untuk memasuki pasaran di kedai runcit dan pasaraya terus kepada pengguna..gagal di laksanakan ..
Harap kerajaan yang baru ini dapat dengar dan panggil untuk menyelesaikan isu ini . Kami bawa suara usahawan yg di sekat untuk mengedar di seluruh negara..
Cadangan :-
Hapuskan sistem congsignment..
Ruangan produk untuk jenama baru di letakan di rak hadapan . 
40 % wajib membantu dengan tempoh kredit yg tidak lama ..
Membantu usahawan mempromosikan terus kepada pengguna ..
Melahirkan ramai peruncit dan pemborong melayu di kawasan3 berpotensi 
Untuk bersaing dlm pasaran trading

Wednesday 14 November 2018

KERUGIAN 33K - MANGSA PENIPUAN









MALANG NASIB IBU TUNGGAL DI TIPU SEBANYAK RM 33K - HAPIS BIN ABD LATIF MENYAMAR SEBAGAI UNTI JABATAN PUNB KELANTAN DAN AKAN DITUKARKAN KE KEDAH SEBAGAI KETUA PENGARAH PUNB KEDAH.

Susulan kes Penipuan kuala Medang lips Pahang kini penipuan terbaru telah merebak ke kedah. seorang mangsa penipuan.  yang di kenali sebagai  Aida telah mengalami kerugian sebanyak RM 33 RIBU. untuk memulakan perniagaan dobi.  SiPenipu ini telah berjanji untuk memberikan Dana PUNB sebanyak Rm 70K untuk bantuan perniagaan. setelah sebulan perniagan yang dijanjikan untuk kos renovation (pengubahsuaian kedai ) tidak berlaku . Puan Aida kini dihimpit kesusahn hidup musnahlah perniagaan yang ingin dibina untuk membesarkan anak - anak . sebagai ibu tunggal.


si penipu ini tidak berhati perut dan telah menyusahkan ramai pihak . terutamanya warga emas dan ibu tunggal. siapakah lagi mangsa beliau? selepas ini

saya memohon kepada anda . berhati - hatilah jika anda tertipu atau sedang ditipu laporkan pada kami segera. saya mendapati penipu ini ada menggunakan ilmu pukau dan ilmu hitam untuk mencari mangsa baru.


Telah berlaku Beratus Penipuan dengan penyamaran ini. Beratus juga  Repot Polis telah di buat  dan Pihak PUNB segera mengeluarkan kenyataan untuk mengingatkan orang ramai mengenai penipuan ini


jika anda terserempak dengan penipu ini sila salurkan maklumat kepada kami  Pihak polis untuk tindakan tangkapan.

sekian


PINJAMAN MARA SYARAT PINJAMAN KEPADA USAHAWAN HARUSLAH DI PERMUDAHKAN



















PINJAMAN MARA MENYUSAHKAN ATAU MEMUDAHKAN USAHAWAN? 

Baru- baru ni saya  saya telah pergi ke Pejabat Mara Cawangan UTC Sentral untuk memohon Pinjaman Perniagaan. ketika saya sampai di Pejabat Mara, saya telah pun berjumpa dengan pegawai yang berkaitan untuk bertanyakan pelbagai persoalan pinjaman perniagaan tersebut.

setelah saya mendengar syarat tersebut saya telah gembira kerana pinjaman tersebut mudah. tetapi saya agak kecewa apabila perlukan jaminan cagaran tanah. atau mempunyai gaji 3% tetap . apabila saya bertanya persoalannya?


  • 3% ini gaji tetap dan kakitangan kerajaan.
persoalanya ? bagaimana pula jika tiada kakitangan kerajaan yang sanggup jadi penjamin . apatah lagi seseorang itu tiada talian darah dengan peminjam tersebut. 

kenapa pinjaman ini terlalu menyusahkan? kenapa tidak mudahkan pinjaman perniagaan ini bagaimana pula dengan mereka yang telah lama berkembang mesti susahkan. apabila tiada penjamin dan cagaran untuk di cagar. 

kesian orang macam saya dan usahawan lain yang susah nak berjaya dalam perniagaan dengan modal tidak seberapa banyak ni. 

saya minta kerajaan pakatan harapan yang baru ini bagilah pinjaman mudah dan mudahkan prosedur pinjaman ini . semoga tahun 2019 dapat pinjaman mudah dan geran yang dapat disalurkan kepada usahawan yang berpotensi. kami ingin bersaing dengan bangsa lain tapi kami tiada kekuatan kewangan . keperihatinan  kerajaan inilah dapat membantu kami kembangkan perniagaan kami ke peringkat antarabangsa. 

sekian terima kasih 





PERINGATAN DENGAN PENIPUAN??/






PENYAMAR SEBAGAI KETUA JABATAN PUNB KASTAM DAN PENGARAH FAMA - SIAPAKAH INDIVIDU INI SEHINGGAKAN KEBAL DARI UNDANG - UNDANG . SUDAH DIDAKWA? ATAU BEBAS? 


seorang lelaki lembut yang pernah dikenali sebagai apis@ nama sebenar mohd apis bin abd latif . kini mengganas kembali apabila telah menipu ribuan orang ramai penduduk kampung serata tempat dengan menyamar pegawai kastam, ketua jabatan punb bahagian industri kecil dan sederhana . dari cawangan kuantan dan ditukarkan ke ibu pejabat kuala lumpur. dan pernah menyamar sebagai pengarah tekun, pengarah fama di sekitar melaka johor, kelatan pahang dan perlis .
hapis bergerak secara solo, akan datang dengan pelbagai cara dan taktik untuk menipu dan memuaskan nafsu serakah . kerana ingin hidup mewah. beliau akan membuat apa sahaja untuk memperdayakan mangsa dengan pelbagai taktik untuk menipu orang ramai.
beliau juga menipu dengan menyamar sebagai pegawai khas kepada seorang menteri dan bertugas di jabatan perdana menteri untuk menguruskan pelbagai urusan dan mengenakan sebarang bayaran diantara RM 500 SEHINGGA RM 5000. ada juga bayaran puluhan ribu ringgit untuk mempercepatkan urusan bayaran dan bantuan geran perniagaan .
Dulu beliau pernah bekerja di sherwanis concept sebagai chef dan pengurus disebuah restoran taman pinggiran senawang dan telah menipu 10 orang pekerja dan tidak membayar gaji. paling tergamaknya beliau telah melesapkan gaji pekerja dengan memberikan pelbagai alasan .majikan belom lagi membayarnya. sehinggalah lebih dari 3 bulan .
yang paling menyedihkan beliau , sanggup mengambil duit pekerja dan berjanji dengan mengatakan ada lobang menjual motor @ kereta kastam pada sekitar tahun 2017-2018. menghasut pekerja membuat sabotaj kepada majikan tersebut.
beliau juga telah menyamar sebagai pegawai untuk mendapatkan rumah prima 1 malaysia di kuala ibai terengganu. dan mengenakan bayaran untuk mempercepatkan urusan dan pembayaran sehinga belasan mangsa tertipu.
malang sekali , seorang warga emas tertipu belasan ribuan ringgit kerana hendak mendapatkan mesin memprosesan makanan. tetapi mesin tidak dapat dan hapis telah menghilangkan diri .

ramai mangsa telah membuat report polis tetapi pihak polis masih lagi belom dapat mendakwa si penipu tersebut alasan pihak polis tiada bukti dan tindakan lanjut. maka kami akan paparkan lagi pengakuan mangsa pada masa akan datang . sehingga tertangkapnya hapis ini dan di penjarakan .
pihak kami akan menyusur KETUA JABATAN PUNB DAN PEGAWAI YANG TERLIBAT UNTUK MENDAPATKAN PENGESAHAN
jom kita follow kisah sedih ini sehingga hilang kerja 24 jam sehingga di denda oleh majikan lama. hapis ini membuat surat berhenti kerja dan meminta mangsa berhenti dan kerugian hampir RM 14 ribu ringgit
#sila share dan like page kami

RUANGAN SOLAT , RESTORAN MUSLIM PERLU DISEDIAKAN SYARAT WAJIB LESEN PBT.








MENGESA KERAJAAN MENSYARATKAN SEMUA RESTORAN MUSLIM MENYEDIAKAN RUANGAN SOLAT SELESA KEPADA PELANGGAN BERAGAMA ISLAM

HARI INI SAYA TELAH MEMBUAT PEMANTAUAN DAN TINJAUAN KE RESTORAN MUSLIM DAN RESTORAN MAMAK . UNTUK MENGGESAR KERAJAAN MENGUATKUASAKAN MENYEDIAKAN RUANGAN SOLAT YANG SELESA KEPADA PELANGGAN UNTUK BERSOLAT 5 WAKTU KETIKA BERADA DI RESTORAN MAMAK DAN RESTORAN MELAYU. DI MALAYSIA

ISU INI KURANG DI PANDANG SERIUS KERANA MEREKA TIDAK NAMPAK KEPERLUAN UNTUK MEMUDAHKANYA PELANGGAN YANG BERAGAMA ISLAM DAPAT MENUNAIKAN KEWAJIPAN BERSOLAT DAN MEMBINA SAHSIAH UMAT ISLAM.

KINI UNTUK MEMBINA AKHLAK YANG TINGGI. SOLAT HARUSLAH DIUTAMAKAN DAN PENGUSAHA RESTORAN PERLU MEMANDANG SERIUS PERKARA INI. SELAIN MENCARI KEUNTUNGAN SEMATA.

DENGAN KEMUDAHAN INI SECARA TAK LANGSUNG MENDAPAT KEBERKATAN DALAM PERNIAGAAN DAN MEMINTA PEKERJA MUSLIM DAPAT SOLAT DAN MENUNAIKAN PERINTAH ALLAH.

SAYA HARAP SANGAT PIHAK KERAJAAN DAPATLAH MEMANDANG ISU INI SECARA SERIUS DAN MEMPERTIMBANGKAN UNTUK MENYEDIAKAN RUANGAN SOLAT UNTUK PELANGGAN BERAGAMA ISLAM .

MENJADI SYARAT WAJIB PERMOHONAN LESEN PBT.

#pertubuhanekonomipenggunarakanislammalaysia
#Jakim
#PBT
#kementerian

RESDUNG MEMBAWA MAUT RAWAT SEGERA SEBELOM PARAH









KAEDAH RAWATAN GURAH , TERBAIK UNTUK MENANGANI PENYAKIT RESDUNG 
GURAH adalah kaedah yang biasanya popular dikalangan Qari dan Qariah dan juga penyanyi sebagai cuci suara - yakni mengeluarkan lendir hingus dan kahak bertujuanuntuk memantapkan mutu suara.
Kaedah GURAH mencuci dan mengeluarkan mukus(mukosa) yang memekat dan tersekat akibat terlalu pekat(kental) didalam rongga sinus - HINGUS DAN KAHAK(DAHAK).
Rawatan kaedah GURAH berlangsung SELAMA 2JAM dengan keadaan perut ringan daripada kekenyangan.
GURAH rawatan tradisional RESDONG
Rawatan berlangsung selama 2jam
Gatal hidung
Gatal mata
Gatal kerongkong
Gatal muka
Gatal dlm telinga
Hidung berair dn trsumbat
Alahan habuk
Bersin berpanjangan
Selsema tak henti
Sakit kepala
Hidung berbau nanah
Banyak jerawat
Semput

Rawatan Bekam-
-1 cup RM 10.00
KOS RAWATAN
HARGA PROMOSI
RM 40.00 SAHAJA JOMJANGAN KETINGGALAN RAWATLAH PENYAKIT ANDA
Rawatan ambil masa 2jam
Perut dlm keadaan ringan dari kekenyangan
Gurah juga satu kaedah yg biasa digunakn oleh ahli suara seperti qari qariah juga penyanyi sebagai cuci suara
Berhajat ke klinik saya sila buat temujanji rawatan.




SURAT TERBUKA UNTUK SYED SADDIQ






Surat Terbuka Untuk Syed Saddiq – 

Ke hadapan Menteri Belia Dan Sukan iaitu Syed Saddiq, saya terpanggil untuk membantah Syed Saddiq dalam isu yang berkaitan dengan Melayu Gah yang didabik sebagai retorik. Sebenarnya, tanpa yang diketahui oleh Tuan Saddiq, betapa bangsa-bangsa diluar sana akan menjual kisah kehebatan yang pernah dicapai oleh mereka demi meningkatkan jati diri mereka. Ini sesuai dengan saranan Hassan Al-Banna yang dipetik berikut:
“Umat yang sedang bangkit memerlukan kepada perasaan bangga dengan kaumnya sebagai satu bangsa yang agung, istimewa dan bersejarah sehingga terbentuk dalam diri generasi muda. Lantas mereka berjuang demi keagungan dan kemuliaan itu dengan darah dan roh mereka. Mereka bekerja demi kebaikan tanah air, kemuliaan dan kebahagiaannya”.
Ingat! Seorang pejuang kemerdekaan di dunia pernah berkata.
“Bangsa yang tidak percaya kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa yang merdeka.” (Bapak Soekarno)

Jangan bunuh kepercayaan bangsa kita dengan tohmahan-tohmahan tidak berasas. Peganglah kuat kata Dr. Burhanuddin al-Hilmy pernah berkata dalam kongres Parti Islam Se-Malaya (PAS) dalam tahun 1964:
“Biarlah saya mengambil peluang mengingatkan lagi kepada bangsa-bangsa di dunia ini bahawa Melayu itu adalah nama satu bangsa yang mempunyai kebudayaan dan tanah airnya sendiri. Menghapuskan nama rupa bangsa Melayu adalah satu pengkhianatan politik kepada bangsa Melayu.”
Menghina, menjatuhkan Melayu adalah pengkhianatan kepada orang Melayu sebab ia berupaya untuk membunuh terus keupayaan bangsa itu, lantas membawa kepada kepupusannya seperti bangsa-bangsa agung yang lain dalam sejarah.
Contohilah bagaimana bangsa-bangsa luar dalam usaha mereka menaikkkan jati diri bangsa mereka. Mereka tidak berterusan menjual naratif bangsa mereka sebagai bangsa yang pengecut, tidak bertanggungjawab, pemalas, kuli dan sebagainya. Mereka menjual naratif hebat dalam pelbagai bentuk. Kes pertama yang saya ingin bawa di sini ialah negara Jepun dan Korea. Betapa negara bangsa ini boleh dijadikan contoh dalam menaikkan jati diri bangsa mereka. Mereka menggunakan pelbagai cara yang sangat menakjubkan.

Sebelum Revolusi Meiji menjadikan bangsa Jepun sebagai bangsa yang hebat di mata dunia, di kalangan masyarakat Jepun sudah ada gerakan pencarian jati diri yang dikenali sebagai “Kokugaku” (国学). Kokugaku ialah satu gerakan intelektual untuk mendefinisi semula ke-Jepun-an. Orang Jepun mula sedar, mereka jadi mundur dan terpencil akibat daripada membuang jati diri sebagai bangsa pulau (“shimaguni”) yang terbuka dan dinamik dan meniru budaya China yang tidak menepati fitrah orang Jepun. Maka berlakulah gerakan untuk memurnikan budaya Jepun dan menamatkan dasar tutup pintu yang telah diamalkan selama 200 tahun. Maka adalah formula “wakon yousai” (和魂洋才 ) – “Japanese spirit, Western ingenuity”.

Selain itu, perkara pertama yang Park Chung-hee, bapa pemodenan Korea Selatan lakukan selepas berkuasa adalah mendirikan monumen Jeneral Yi Shun Shin, wira yang mempertahankan Korea daripada serangan Jepun ketika Perang Imjin (1592-1598). Tujuannya adalah untuk membangkitkan semangat orang Korea untuk sama-sama mencipta “Miracle of the Han River”. Mungkin sebab yang sama, betapa kerajaan India bersungguh-sungguh membina patung Shivaji, seorang pemerintan Empayar Maratha dalam sejarah India yang telah mempertahankan Empayar Maratha dari serangan dan taklukan Mughal. Betapa mereka tidak pernah kisah mengenai kos pembinaan patung Sivaji setinggi 200 meter ini sahaja sudah mencecah 560 Juta Dollar US yang kalau ditukarkan kepada duit kita sekarang sudah melebihi jumlah 2 billion ringgit. Ini bermaksud tidak ada harga pada jati diri sebuah bangsa itu sendiri!

Hari ini, kita dapat melihat bagaimana bangsa Korea begitu berbangga dengan jati diri mereka sebagai bangsa Korea. Lihatlah filem paling meletup di panggung Korea ialah The Admiral yang memaparkan sejarah Laksamana Yi dalam Pertempuran Myeongryang mengalahkan mana-mana filem Korea. Dalam filem ini, bangsa Korea diajak untuk menghayati perjuangan panglima perang paling hebat dalam sejarah mereka mempertahankan jati diri bangsa Korea daripada dirogol oleh bangsa Jepun.
Laksamana Yi mengajar rakyat Korea bahawa walaupun pada ketika itu, bangsa mereka di tempat terendah sekalipun, ia bukan masa untuk mencemuh bangsa mereka sendiri, bukan juga melarikan diri dengan pelbagai naratif. Laksamana Yi dalam filem tersebut, juga seperti mana dalam sejarah, mengajar rakyat Korea meski ketika itu tinggal sebuah kapal perang untuk menghadapi lebih 300 buah kapal perang Jepun, kita harus berdiri gagah menghadapi musuh, memakai nama bangsa dan maruah mereka. Biar putih tulang, jangan putih mata! Tetap berdiri walau seorang diri mempertahankan maruah bangsa dari diinjak orang asing.
Orang Jepun hari ini tetap bangga menaikkan jati diri mereka. Mereka menjual naratif menjadi seorang bangsa Jepun itu sesuatu yang cool. Mereka menjual sejarah dan kebudayaan Jepun dalam animasi dan filem mereka. Daripada sebuah animasi yang berlatarkan Eropah zaman pertengahan, sehinggalah kisah lanun di lautan, mesti terselit mereka menjual betapa menjadi bangsa Jepun itu sesuatu yang sangat cool.
Mereka menjual naratif kebudayaan Samurai dalam bangsa Jepun sebagai kebudayaan yang mengangkat maruah mengatasi segala-galanya, bahkan sanggup mati demi mempertahankan prinsip hidup (sesuatu yang saya yakin kebanyakan politikus di Malaysia tidak akan memahaminya kerana mereka menjual prinsip dan maruah laksana menjual sayur di pasar). Mereka menjual festival-festival kebudayaan Jepun dalam animasi mereka yang menampakkan memakai Kimono dan Yukata itu adalah sebuah keindahan, sehinggakan bangsa asing tak malu untuk berpakaian seperti bangsa Jepun. Mereka menjual sejarah mereka dari Nobunaga, atau mitologi-mitologi bangsa mereka sehinggakan hari ini kita mengenali entiti seperti Izanagi, Ametarasu dan Susanoo. Kemuncaknya, betapa bangsa luar takjub dengan kebudayaan dan tamadun mereka, siap animasi Batman pun diselitkan kebudayaan Jepun. Lihatlah bagaimana Batman Ninjia yang memaparkan watak Batman dan para antagonisnya terperangkap di zaman pertengahan Jepun.

Waqaf Saham
Bangsa-bangsa ini bangga menjual positif dan jati diri yang mereka julang dalam diri mereka kepada dunia, lantas sehingga hari ini, kebudayaan dan sejarah mereka menakjubkan ribuan manusia. Menjadi bangsa Jepun dan bangsa Korea ialah sebuah kegilaan. Tetapi tentunya, ia bukan berasaskan self-hating yang membara dalam diri. Pemimpin mereka tidak menjual naratif seperti 10/10 penghisap dadah di Korea ialah bangsa Korea sendiri, atau mereka mengatakan bahawa bangsa Jepun gah ialah sekadar sebuah retorik semata-mata.
Daripada kita menjual naratif Melayu bangsat, apa kata Syed Saddiq bersama dengan kami menaikan jati diri dengan menjual naratif kehebatan Melayu. Nenek moyang saya beribu tahun dulu adalah bangsa pelayar. Mereka bangsa pemula yang meredah laut lepas, bangsa pemula yang meneroka samudera Pasifik dan menemukan tanah baru disebelah selatan samudera besar itu. Mereka berdagang dengan tamadun lain sedang bangsa-bangsa lain ini takut dan gerun untuk ke laut sehingga timbul mitologi laut dijaga oleh makhluk dan tuhan yang menggerunkan seperti Poseidon.
Bangsa saya mengajar bangsa-bangsa lain membina kapal. Tanyalah bangsa China ketika zaman Dinasti Han dahulu bagaimana mereka belajar membina kapal dari nenek moyang saya. Tanpa nenek moyang saya, bangsa China tidak akan mampu untuk kenal tamadun-tamadun lain. Tanpa bangsa saya, Laksamana Cheng Ho tidak mungkin mampu melengkapkan perlayaran mengelilingi dunia yang lebih gah dari Christopher Columbus itu.

Nenek moyang saya wahai saudara tuan Saddiq adalah pembina empayar-empayar agung. Tanyalah pada Srivijaya dengan 13 negara kota yang disatukan di bawah sebuah empayar, yang kisah-kisah keagungan mereka dari kisah penaklukan yang melahirkan raja bernama Dharanindra yang bermaksud penunduk para musuh, atau kisah raja kerajaan jiran seperti Khmer yang dipenggal kepala hanya kerana mengimpikan melihat kepala maharaja Srivijaya di atas dulang makan malamnya, atau kisah bagaimana maharaja-maharaja empayar ini mencampakkan jokong emas ke dalam tasik hanya sebab mereka terlalu kaya. Tidakkah ini bukti bahawa Melayu itu gah dan hebat?
Nenek moyang saya adalah pembina pelabuhan-pelabuhan bertaraf dunia yang menimbulkan rasa takjub para pengunjungnya. Mereka akan bicarakan mengenai 2000 buah kapal yang mengunjungi Melaka yang dikatakan sebanyak pelabuhan Singapura Moden hari ini. Mereka akan bicarakan betapa nenek moyang saya mencipta sistem yang sangat sistematik dan unik demi mentadbir pelabuhan hebat ini. Mereka akan membicarakan kekayaaan yang nenek moyang saya kumpulkan sehinggakan mendatangkan malu pada pelabuhan-pelabuhan hebat di Eropah.
Tuan Saddiq, kalaulah Melaka itu tidak agung, tak akanlah penjajah sanggup mengembara jauh beribu batu demi menakluknya? Kata penjajah, kalau Melaka berjaya ditawan, maka Mekah dan Madinah akan mati. Betapa kota bangsa saya ini sangatlah bermakna pada agamanya? Malangnya tuan Saddiq, betapa jatuhnya Melaka kerana ada anak bangsa yang berhasad pada bangsanya seperti tuan Sadiq sendiri. Mungkin sebab itu salah satu kata-kata Soekarno dulu ialah perjuangannya adalah membebaskan bangsanya dari penjajahan, dan perjuangan anak bangsanya yang seterusnya ialah melawan bangsanya sendiri. Seperti hari ini, saya melawan tuan Saddiq kerana betapa mulut tuan menunjukkan betapa tuan ialah petualang bangsa tuan sendiri.
Tahukah bahawa tuan Saddiq, betapa kita orang Melayu ini sangatlah mencintai ilmu sehinggalah manuskrip yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita jumlahnya puluhan ribu di seluruh dunia yang ditulis dalam pelbagai bidang dari keagamaan, falsafah, sains, teknologi, linguistic dan pelbagai bidang lagi. Tahukah tuan Saddiq bahawa dahulunya Tamadun Melayu ini pusat ilmu sedunia? Tanyalah pada I-Ching yang dalam perjalanan ke India untuk mempelajari agama Buddha harus singgah di Srivijaya dahulu, mempelajari Bahasa Melayu dan berguru dengan pendeta Melayu di sini? Tahukah saudara kebudayaan ilmu di Srivijaya ketika itu mencetuskan mazhab baru agama Buddha yang dianuti sejauh sehingga ke Tibet? Tahukah tuan Saddiq betapa banyak ulama-ulama Melayu yang lahir ketika zaman kedatangan Islam sehingga menjadi guru di Mekah dan disanjungi seluruh umat Islam? Saya pasti tuan Saddiq tidak akan mengetahuinya kerana kalau tuan tahu, perkataan ketuanan Melayu sudah berakhir dan mengatakan Melayu gah adalah retorik semata-mata tidak pernah terluah dari mulut.
Zaman moden? Ohh sebenarnya kita mempunyai banyak anak muda hebat yang dilahirkan oleh bangsa saya.
Penuntut Doktor Falsafah (PhD) jurusan astrofizik dari Universiti Durham, United Kingdom, Nur Adlyka Ainul Anuar merupakan sebahagian daripada pasukan ahli astronomi yang menjumpai bukti lubang hitam berhampiran dengan sistem galaksi Bima Sakti kita pada tahun 2017. Penemuan ini membawa kepada lebih kajian berkenaan perkembangan lubang hitam itu sendiri dan bagaimana ia berevolusi bersama sistem galaksi mereka. Anak Melayu yang berasal dari Muar, Johor ini turut memegang ijazah Sarjana Sains dan Astrofizik dari Universiti Sheffield, United Kingdom.

Hafizah Noor Isa mencatat sejarah sebagai sebahagian daripada pasukan saintis yang membukti teori ombak graviti Albert Einstein selama ini adalah benar. Pasukan tersebut menemui bagaimana masa dan angkasa meleding yang dicetuskan oleh perlanggaran dua lubang hitam besar yang dikesan. Sumbangan Hafizah ialah sumbangannya kepada rangkaian pengesan ombak graviti atau eksperimen GEO600. Anak Melayu ini memegang ijazah Sarjana dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor dalam bidang Fizik Bahan di bawah seliaan Ketua Jabatan Fizik, Profesor Dr Md. Rahim Sahar.
Wan Nur Mafudah Wan Yusof mencipta sejarah dengan mendapat tempat pertama dalam World Prize Winner bagi kertas Laporan Kewangan Korporat Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA). Tambah membanggakan, Wan Nur Mafudah turut mencatat sejarah anak Melayu pertama mendapat tempat teratas dengan markah tertinggi iaitu 95%. Sebelum ini kejayaan tertinggi yang pernah diraih oleh anak Melayu ialah tempat kedua, ketiga dan keenam dari tahun 2015 hingga 2017.
Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim yang merupakan anak gadis kepada Mufti Pulau Pinang ini pernah berkhidmat bersama Agensi Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) di mana antara projek yang diberi kepercayaan pada beliau ialah projek satelit kecil NASA dipanggil SporeSat yang dilancarkan pada tahun 2014.
Kejayaan-kejayaan yang saya tampilkan di atas hanya secebis daripada kegemilangan anak Melayu moden. Masalahnya Melayu Apologetic seperti Tuan Saddiq suka melabelkan kejayaan mereka sebagai kejayaan “bangsa Malaysia” tetapi dalam masa yang sama, apabila perkara buruk mengenai bangsa Melayu, tuan akan meletakkan label bahawa itulah kebangsatan bangsa Melayu. Ironi bukan?
Saranan saya buat tuan Saddiq dan Tun M tukarkanlah naratif untuk membawa bangsa Melayu kita ke kegemilangan silam, daripada mengulang formula tuan guru terbesar tuan Saddiq yang berterusan menyerang, mengecam dan mengutuk bangsa Melayu. Dah lebih 22 tahun pemerintahan Tun M menggunakan formula itu, tetapi Melayu tetap tidak bangkit pada pandangannya. Ini bermaksud ia bertentangan sekali dengan psikologi manusia – mengutuk, mengecam dan merendahkan seorang manusia itu dengan harapan mereka akan jadi hebat. Realiti menunjukkan manusia yang menerima penghinaan sedemikian rupa akan mengalami pelbagai penyakit psikologi, bahkan akan membunuh diri mereka!
Akhir kata, peganglah kata-kata azimat ini di bawah dan terapkan dalam dada kita.
“Jalesveva Jayamahe.”
“Dilaut, Kita Jaya.”
Mungkin kata-kata watak dalam filem P.Ramlee ini, Sarjan Hassan boleh disemat dalam dada.
“Aku berharap tiada lagi manusia seperti ini (buang) dalam tanah Air kita. Kerana Manusia yang seperti ini, dia akan merosakkan keturunan kita. Memang Bangsa kita masih muda dan masih lemah . Aku langsung tidak peduli Harapanku adalah Kita sesama bangsa bersatu-padulah hendaknya.” – Sarjan Hassan (P. Ramlee- Sarjan Hassan,1955)
Mengutuk bangsa sendiri adalah tidak ubah seperti Buang kerana ia membunuh bangsa kita dari dalam…

PREVIOUS ARTICLE
Meet The Robinsons (2007): Keep Moving Forward
NEXT ARTICLE
Kursus Kahwin – Wadah Ilmu Atau Penyusah?
Helmi Effendy
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

RELATED ARTICLESMORE FROM AUTHOR
Alam Melayu
Bangsa Melayu: Mencanai Minda – Membentuk Sikap