• VISION ENTREPRENUERS ACADEMY

    Akademi ini merupakan satu badan bebas yang lahir atas rasa tanggungjawab dalam usaha melahirkan individu yang bebas dari bebanan hutang serta memiliki aset masa depan yang mencukupi. Bersandarkan kepada kredibiliti mereka yang terlibat sebagai tulang belakang VEA dari pelbagai cabang pengalaman, kami amat berkeyakinan segala perancangan yang telah disusun mampu direalisasikan.

    Read More
  • VISION ENTREPRENUERS PROPERTY

    VEP Asset Management, syarikat hartanah kita, bertanggungjawab untuk membuat pelaburan yang besar dalam bidang ini - daripada pengambilalihan villa mewah dan resort percutian, ke hotel di seluruh Asia dan juga hartanah komersil di pelbagai negara. Cabang pengurusan projek kami, VEP mengendalikan pengurusan dan operasi pelbagai inisiatif kepentingan khas bagi Kumpulan.

    Read More
  • MENTORING AND COACHING

    Ramai yang mahu tahu bagaimana, VEA dapat membantu rakanniaganya untuk mendapat sesuatu hartanah itu, disinilah kita bermula, saya akan kongsikan dengan anda bagaimana kami di VEA mengubahnya menjadi realiti, HAdir di Program kami di AYER KEROH COUNTRY RESORT pada 30hb Ogos 2014 jam 8.30pg, Jumpa anda disana.

    Read More
  • MENTORING AND COACHING

    Ramai yang mahu tahu bagaimana, VEA dapat membantu rakanniaganya untuk mendapat sesuatu hartanah itu, disinilah kita bermula, saya akan kongsikan dengan anda bagaimana kami di VEA mengubahnya menjadi realiti, HAdir di Program kami di AYER KEROH COUNTRY RESORT pada 30hb Ogos 2014 jam 8.30pg, Jumpa anda disana.

    Read More
  • VISION ENTREPRENUERS HOSPITALITY

    VEA telah melabur dalam beberapa Kondominium dan Rumah untuk dijadikan Hotel Bajet melalui anak syarikat kami yaitu VEP dan telah membenarkan ribuan ahlinya memegang sebahagian saham pelaburan dalam pembinaan hotel-hotel Budget dan rumah persinggahan.

    Read More

Thursday 20 December 2018

Isteri Wajib Taat Dan Senangkan Hati Suami Oleh Dato wan

Isteri Wajib Taat Dan Senangkan Hati Suami
Oleh Dato wan

'Syurga terletak di telapak kaki suami' adalah sinonim dengan nilai ketaatan seorang isteri. Ketahui sejauh mana ketaatan isteri kepada suami.



Gambar Hiasan oleh:

Tanggungjawab seorang isteri yang paling utama ialah taat dan patuh kepada suaminya. Ketaatan seorang isteri kepada suami berada di tahap teratas, melebihi segala ketaatan kepada sesiapa pun juga termasuk ibu dan ayah kandung si isteri sendiri. Sabda Rasulullah SAW: “Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya." – hadis riwayat Abu Daud dan al-Hakim.

Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sebaliknya, jika isteri disuruh melakukan perkara di dalam larangan Allah SWT, isteri berhak menentang dan melawan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak boleh mentaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT." – hadis riwayat Ahmad.

Pengecualian bagi kes isteri yang ingin mengerjakan ibadah sunat kepada Allah SWT. Larangan suami di dalam kes ini tidak termasuk di dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW: “Tidak halal bagi seseorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu." – hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal.

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dibimbangi si isteri tidak dapat melayani kehendak si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.


Percaya atau tidak, kaum wanita adalah lebih mudah untuk masuk syurga kerana mereka hanya perlu taat kepada suami. Namun, sejak akhir-akhir ini saya sering menerima emel daripada para suami yang menceritakan perihal isteri masing-masing yang bersikap kasar, biadap, tidak menghormati suami… berbeza sekali dengan sikap wanita yang terkenal sebagai makhluk yang lemah lembut dan penyayang. Tak kurang juga aduan tentang isteri yang pandai bermain kayu tiga.

Malahan satu emel lain, pengakuan seorang isteri tentang kecurangannya kepada si suami. Saya akui wanita ini berani dan jujur kerana mengakui kesalahannya dan syukurlah hidayah masih terbuka untuknya. Namun persoalannya, kenapa wanita kita kini jadi makin liar… tiada lagi rasa kasih apatah lagi simpati?

Apakah ini yang kita perjuangkan selama ini? Ingin mendapatkan hak kesamaan antara kita dan kaum lelaki hatta menumbangkan segala kebanggaan sifat kasih sayang dan lemah lembut yang ada di dalam diri? Demi sebuah impian yang belum pasti yang ingin kita kecapi, wajarkah kita abaikan pengorbanan insan yang ikhlas menyayangi dan menyintai kita selama ini? Patutkah kita rosakkan masa depan anak-anak yang kita lahirkan ke dunia ini demi mencapai kepuasan sendiri?


Sungguh, saya rasa amat sedih bila mengenangkan semua ini. Kenapa perlu kita rosakkan segalanya apabila kaum lelaki merelakan kita menyaingi mereka secara sihat? Jika dahulu wanita hanya betah di dapur tapi kini wanita sudah berada di angkasa raya. Jika dahulu wanita hanya menghayun buaian tetapi kini tangan wanitalah yang menggegarkan dunia. Tidak cukupkah semua itu? Perlukah harga diri dan maruah kita dicemari kerana status kita yang lebih gah kini?

Ingatlah kaum wanitaku semua, walau siapa pun kita… walau apa juga jawatan yang kita pegang… walau apa juga gelaran atau bintang yang kita perolehi… selagi kita bernama ibu dan isteri, selagi itulah kita perlu hormat, taat dan cintakan suami sepenuh hati. Bukannya sekadar cinta di kala suami berharta tetapi cinta sepanjang masa… di waktu senang juga di masa susahnya. Ya, saya tahu tugas menyara keluarga terletak di bahu suami tetapi dah nama sebagai isteri dan rakan kongsi suami, kita wajar membantu suami di kala suami susah dan menghadapi masalah kewangan dan segala masalah lainnya.

Bukannya bererti apabila tanggungjawab nafkah adalah di bahu suami dan apabila suami menghadapi masalah menunaikan kewajipannya itu, kita harus angkat kaki ataupun mencari lelaki lain sebagai pengganti. Inilah antara kes yang diadukan kepada saya sejak akhir-akhir ini. Sewajarnya, apabila keadaan ini terjadi, kita sebagai isteri menghulurkan bantuan dan sokongan kepada suami. Bantu selagi daya, sokong segala cara.

Ya… mungkin ada yang bimbang jika bantuan yang diberi disalahgunakan oleh suami. Risau jika sokongan yang dihulur, disalaherti pula oleh suami. Seperti yang pernah saya nyatakan dalam siri ceramah dan penulisan saya, rekodkan setiap perbelanjaan yang kita hulurkan demi bantuan dan sokongan tersebut. Simpan segala bukti, insyaAllah, bukan meminta tetapi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini di belakang hari, kita dah cukup pertahanan diri.

Ingatlah kata-kata hikmah… di belakang seorang lelaki pasti ada seorang wanita… apa ertinya? Ertinya kita sebagai isteri merupakan penyokong kuat suami kita. Suami memerlukan sokongan kita sepanjang masa. Sukar bagi seorang lelaki untuk berjaya tanpa mendapat sokongan isterinya. Ya… memang perit dan payah tambah lagi apabila segala pengorbanan sukar dihargai tetapi ingatlah… kerana kita wanitalah maka kita ditakdirkan sebagai isteri kerana hanya wanita yang mempunyai ketabahan hati dan kesabaran yang tinggi berbanding lelaki. Kerana itulah juga, betapa mudahnya kita mendapat jaminan syurga..!


Tanggungjawab seorang isteri yang tak kurang pentingnya dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita bernama isteri ialah menyenangkan hati suami. Menyenangkan hati suami yang bagaimana? Apakah perlu menurut segala kehendaknya? Jawapannya; memang benar. Isteri perlu menurut kehendak suami selagi tidak menyalahi tuntutan syarak. Isteri perlu menjaga hati suami agar tidak terluka atau terguris. Isteri perlu menjaga penampilan agar suami senang hati memandang. Isteri perlu menghargai setiap pemberian suami. Elakkan daripada menunjukkan muka yang sedih, masam atau marah di hadapan suami.

Menyenangkan hati suami juga ialah menggembirakan hati suami dan tidak membebankan suami dengan perkara sia-sia. Menggembirakan suami termasuklah membenarkan suami membahagiakan hati ibu bapanya, bukannya menggunakan suami untuk menyusahkan ibu bapa suami anda hingga suami anda mengecilkan hati ibu bapanya.

Kes-kes sebegini sering terjadi apabila si suami cuba melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai anak ataupun isteri memaksa suami mendapatkan harta ibu bapa demi memenuhi kehendak nafsu sendiri. Seperti yang pernah saya jelaskan, setiap anak lelaki dan anak perempuan mempunyai tanggungjawab kepada ibu bapa masing-masing. Seorang lelaki yang berkahwin juga berhak menunaikan tanggungjawab kepada ibu bapanya selagi hak isteri dan anak-anak tidak terabai. Sekali lagi saya tegaskan, hak anda sebagai isteri dan anak-anak adalah perkara yang menjadi keperluan semata-mata, bukannya satu kemewahan.

Pernah dengar kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w bernama Alqamah? Alqamah tidak dapat mengucapkan lafaz syahadah di saat kematiannya. Bukan sekadar tidak mampu mengucap syahadah tetapi tersiksa ketika mendepani saat terakhir kehidupannya. Hinggalah Rasulullah s.a.w meminta ibu Alqamah mengampunkan dosanya barulah Alqamah dapat melafazkan syahadah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sebenarnya, kesalahan Alqamah bukanlah besar malah tanpa disengajakan. Alqamah hanya tidak menjamah makanan yang dibawa oleh ibunya ketika bertandang ke rumah Alqamah. Si ibu berasa kecil hati kerana merasakan Alqamah tidak sudi menjamah masakannya lagi setelah mempunyai isteri. Hanya kerana kesalahan sekecil itu, Alqamah mendapat penyiksaan yang besar. Bayangkan jika kesalahan yang lebih besar anda lakukan kepada ibu dan juga bapa anda?

Sebagai seorang isteri, anda berperanan untuk menjadikan suami anda seorang anak yang soleh dan diredhai oleh ibu bapa suami anda kerana dengan redha merekalah, Allah akan meredhai kehidupan suami anda malahan kehidupan anda juga. Walaupun suami anda tidak mempunyai tanggungjawab sepenuhnya kepada ibu bapanya, apalah salahnya jika anda benarkan malah sebaiknya juga anda mendorong agar suami anda melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.

Hakikatnya, setiap individu perlu melaksanakan tugas dan kewajipan masing-masing. Tak perlu berkira, tak perlu berdengki. Ingatlah, anda telah mengikat janji kasih sayang sebagai suami isteri. Berusahalah untuk merealisasikan

Tuesday 18 December 2018

MAKAN SAMBIL MENDERMA - USAHAWAN ASNAF PERIM









SEMENYIH - "Membeli Sambil Menderma" membantu fakir miskin belajar berniaga. sambil meningkatkan ekonomi diri, keluarga,  dan membantu masyarakat  yang lain apabila memerlukan.
hari ini, satu booth jualan Usahawan Asnaf telah dibuka oleh Puan Norizan . Di bawah program pembangunan usahawan "Rakan Niaga" di bawah Pertubuhan Ekonomi Pengguna Rakan Islam Malaysia.yang beralamat : N0 5 Jalan 2 Kawasan perindustrian lekas 18 43500 semenyih.

Di gerai ini kami menjual produk makanan "Mee kari berlauk", Sup Ayam dan Kambing Burger Bakar untuk menambah pendapatan . kesemua makanan ini menggunakan produk sherwanis.

Dengan harga yang berpatutan , perniagaan ini berkonsepkan membeli sambil menderma. Program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertainya dan berpeluang untuk menambah pendapatan.

Misi pertubuhan kami, memperjuangkan ekonomi ahli kami. agar menjadi usahawan yang mampu membantu orang lain. apabila mereka telah keluar dari gelombang kemiskinan.  usahawan ini di bantu dengan ilmu dan latihan keusahwanan dan dibimbing sehingga berjaya.

saya mengajak kepada anak muda diluar sana yang ingin menjadi usahawan dan ingin menjadi sukarelawan tetap dan mempunyai gaji dan peluang perniagaan.
kepada masyarakat yang prihatin jomlah bantu kami untuk menembahkan pendapatan dan membantu mereka yang memerlukan. di sekitar semenyih

Segala pertanyaan bolehlah pegawai perhubungan kami :PN Normala 013-6673059/0137842499

Sunday 25 November 2018

PEMBERIAN BANTUAN KEPADA GOLONGAN ASNAF, FAKIR MISKIN, DAN ANAK YATIM


















Semenyih , Pertubuhan Ekonomi Pengguna Rakan Islam Malaysia telah menganjurkan pemberian asnaf dengan sumbangan orang ramai, aktivit jualan amal yang dilakukan oleh Biro kebajikan dianggotai oleh 10 orang yang telah mengelolakan  pada program tersebut.

Seramai 350 keluarga asnaf di bawah Parlimen hulu langat yang telah diberikan bantuan barangan dapur. berbentuk barangan asas seperti gula beras, minyak  dan pelbagai produk sherwanis
.

Setiap bulan  minggu ke -3  bantuan ini disalurkan  dari hasil jualan produk sherwanis serta sumbangan dana yang telah diberikan oleh mereka yang prihatin dengan kehadiran kami.

selain dari itu juga, Asnaf yang berpotensi akan di bantu di bawah Biro usahawan. pelbagai aktiviti Keusahawanan akan di jalankan di semenyih . Program yang di jalankan pada tahun 2018 dan tahun 2019  telah disusun  dengan teliti . Program Franchise dengan bantuan modal perniagaan diberikan seperti bantuan peralatan perniagaan. mereka yang akan mula berniaga .Menjual produk makanan seperti Mee kari, gerabox kambing, pelbagai aneka sup dan burger bakar . kesemua bahan masakan ini menggunakan produk sherwanis .

kerjasama dengan Syarikat Sherwanis membantu ramai usahawan dengan ketengahkan produk sherwanis dalam mengukuhkan dan memperkenalkan produk sherwanis di mata pengguna. membantu mereka yang memerlukan untuk meningkatkan ekonomi pengguan dan mereka yang memerlukan.


kepada mereka yang diluar sana ingin menyertai program keusahawanan yang dianjurkan oleh Biro Usahawan Pertubuhan Ekonomi Pengguna Rakan Islam Malaysia. dan menjadi ahli surelawan kami  bolehlah hubungi kami di talian 0137842499 untuk pertanyaan.




Wednesday 21 November 2018

NGO - PERIM LANCARKAN PROGRAM ASNAF SETIAP BULAN










Lawatan kerja ke Rumah kebajikan kanak- kanak .


Lawatan kerja oleh dato wan selaku aktivis pertubuhan ekonomi pengguna rskan islam malaysia telah hadir dan memberikan sumbangan Dan sedikit pertolongan  setiap bulan kepada mereka yang memerlukan .

Terima kasih atas penyumbang orang ramai yang telah memberikan sumbangan berbentuk wang tunai Dan barangan ..

Terima kasih juga kepada mereka yang sudi beli produk sherwanis di bawah pertubuhan kami..

Kami juga mempelawa mereka yang Ingin menjadi anggota sukarelawan kami. Dan menjadi penyumbang tetap kami...

Projek terbaru kami membuka kompleks kebajikan asnaf Dan memerlukan  RM 500k untuk Kos renovation , peralatan Dan kenderaan

Semoga bantuan anda Dan sumbangan anda membantu kami Allah mudahkan Dan berkatinya

Segala pertanyaan bolehlah whatsap ke : 0137842499

Thursday 15 November 2018

KESAN BURUK MONOPOLI WARGA ASING ?








Kesan keburukan kepada peniaga dan usahawan bumiputra..

Kesan keburukan kepada usahawan melayu yg ada produk sendiri mereka sering kali di tolak untuk membekalkan produk tersebut sampai kepada pelanggan tersebut . Apabila mereka berhutang.. mereka akan mengelak untuk tidak membayarnya.. alasan dah tukar pemilikan .. kerajaan haruslah memandang serius menangani masalah ini ..
Isu mereka berkahwin dengan wanita tempatn haruslah di hentikan..kesedaran mereka yg datang bekerja tidak di benarkan berkahwin ... dengan warga Bangladesh dan lain2..
Minta SPRM siasat pengeluaran lesen PBT kpd peniaga asing yg menjalankan perniagaan runcit, restoran, pasar mini dan pemborong. 
Kedai Runcit : Warga Aceh Indonesia 
Kedai Makan : Thailand
P.Borong : Bangladesh dan Myamar
Kami difahamkan,

 Pihak Imigresen tidak pe




rnah keluarkan permit untuk mereka menjalankn perniagaan tersebut kecuali permit kerja sementara. 

Kami minta SPRM siasat segera terutama di di kedai runcit, restoran dan kedai makan yg diusahakan oleh warga Thailand di seluruh negara. Mereka telah rampas hak org tempatan, termasuklah pekerja yg didatangkn terus dr negara mereka. Kenapa udg2 negara kita tdk peduli hal2 yg nampak terpencil ini sedangkan mereka telah membawa pulang wang kita ke negara mereka. Mereka tidak perlu membayar insuran, sokso, kwsp dan lhdn. Bayangkn klu kita nk buka kedai di Thailand, Jakarta, China dan sebagainya, mana mungkin kita diberikan layanan seperti disini.. Harap semua pihak BUKA MATA SELUAS²NYA.
#Malaysia Baru
#Kerajaan Berintergriti
#Rakyat Kayaraya

Sekian : SuaraRakyat

EKONOMI WARGA ASING MERUGIKAN NEGARA?















EKONOMI WARGA ASING SATU ANCAMAN ? 

Ekonomi di monopoli oleh warga asing lesen PBT di alibabakan ???

Mudahnya mereka berniaga dengan mudah tanpa sekatan!!!

Tahukah anda, hari ini perniagaan runcit di kuasai oleh warga asing, seperti warga aceh, nepal bangladesh, menjadi satu entiti persaingan ekonomi masa kini.
Tahukah anda, mereka mengaut keuntungan setiap bulan dan menghantar ribuan Ringgit ke luar negara..dan mengeksplotasi pasaran dan ekonomi.. kebanjiran warga asing mengugat kestabilan ekonomi .. 

pemborong cina yg banyak suport peniaga asing ini.. pengedar melayu di tindas.. apabila peniaga cina memberi hutang ..mereka boleh membayar secara konsisten setiap minggu.. apabila pengedar atau usahawan melayu ingin mengedar. Mereka membuat terms secara consignment..kadangkala berbulan3 bil susah hendak membayar..
Pengedar melayu menjadi peminta sedekah untuk meminta hutang sendiri.. lepas berbulan3 mereka memberi alasan dah bertukar tuan ..
Kerajaan haruslah memandang serius perkara ini.. susahnya peniaga melayu hendak bersaing di pasaran masa kini untuk mengimbangi ekonomi...
Peniaga melayu di tindas sehinggakan tiada ruang untuk memasuki pasaran sedia ada. Saya menyarankan pihak berkuasa tempatan dan imigresen harus bertindak tegas. Mereka menjadikan wanita melayu sebagai alat untuk berniaga di malaysia dengan sewenang2 nya... kenapa mereka x nak berkahwin dengan bangsa cina , dan tidak pula berkahwin dengan bangsa india. Kerana mereka menjaga keturunan mereka... begitu mudah sekali mereka berkahwin disini walhal mereka ada isteri di sana.. bahkan kerana berhidung mancung muka ala bollywood ala2 hirtik roshan dan shah rukh khan .. inilah senjata mereka menjual cinta..
Dimanakah perundangan yg adil, peniaga runcit melayu di bandar. Sudah pupus dan kini di mana pelusuk felda peniaga asing bermaharaja lela..kenapa????
Pasaraya jauh sekali , datang berkali3 untuk masuk pasaran banyak alasan dan prosedur yang menyusahkan!!!
Kesan keburukan kepada usahawan melayu yg ada produk sendiri mereka sering kali di tolak untuk membekalkan produk tersebut sampai kepada pelanggan tersebut . Apabila mereka berhutang.. mereka akan mengelak untuk tidak membayarnya.. alasan dah tukar pemilikan .. kerajaan haruslah memandang serius menangani masalah ini ..
Isu mereka berkahwin dengan wanita tempatn haruslah di hentikan..kesedaran mereka yg dtg bekerja tidak di benarkan berkahwin ... dengan warga Bangladesh dan lain2..
Minta SPRM siasat pengeluaran lesen PBT kpd peniaga asing yg mnjalankn perniagaan runcit, restoran, pasar mini dan pemborong. 
Kedai Runcit : Warga Aceh Indonesia Restoran : India (mamak)
Kedai Makan : Thailand
P.Borong : Bangladesh dan Myamar
Kami difahamkan, phk imigresen tdk prnah keluara permit utk mereka mnjlankn perniagaan tersebut kecuali permit kerja sementara. 
Kami minta SPRM siasat segera trutama di di kedai runcit, restoran dan kedai makan yg diusahakan oleh warga Thailand di seluruh negara. Mereka tlh rampas hak org tempatan, trmasuklah pekerja yg didatangkn terus dr negara mereka. Kenapa udg2 negara kita tdk peduli hal2 yg nmpk trpencil ini sdgkn mereka tlh membawa pulang wang kita ke negara mereka. Mereka x pelu byr insuran, sokso, kwsp dan lhdn. Bayangkn klu kita nk buka kedai di Thailand, Jakarta, China dn sbginya, mana mgkin kita diberikan layanan seprti disini.. Harap semua pihak BUKA MATA SELUAS²NYA

Kerajaan tolong lah pandang serius, kesian peniaga melayu kerana lambakan kedai runcit asing dan usahawan produk bumiputra ingin berkembang kerana kekangan masuk pasaraya dan kedai runcit.di monopoli oleh mereka.. macamana mesej ingin di sampaikan terus kepada pengguna .. jika ruang untuk memasuki pasaran di kedai runcit dan pasaraya terus kepada pengguna..gagal di laksanakan ..
Harap kerajaan yang baru ini dapat dengar dan panggil untuk menyelesaikan isu ini . Kami bawa suara usahawan yg di sekat untuk mengedar di seluruh negara..
Cadangan :-
Hapuskan sistem congsignment..
Ruangan produk untuk jenama baru di letakan di rak hadapan . 
40 % wajib membantu dengan tempoh kredit yg tidak lama ..
Membantu usahawan mempromosikan terus kepada pengguna ..
Melahirkan ramai peruncit dan pemborong melayu di kawasan3 berpotensi 
Untuk bersaing dlm pasaran trading

Wednesday 14 November 2018

KERUGIAN 33K - MANGSA PENIPUAN









MALANG NASIB IBU TUNGGAL DI TIPU SEBANYAK RM 33K - HAPIS BIN ABD LATIF MENYAMAR SEBAGAI UNTI JABATAN PUNB KELANTAN DAN AKAN DITUKARKAN KE KEDAH SEBAGAI KETUA PENGARAH PUNB KEDAH.

Susulan kes Penipuan kuala Medang lips Pahang kini penipuan terbaru telah merebak ke kedah. seorang mangsa penipuan.  yang di kenali sebagai  Aida telah mengalami kerugian sebanyak RM 33 RIBU. untuk memulakan perniagaan dobi.  SiPenipu ini telah berjanji untuk memberikan Dana PUNB sebanyak Rm 70K untuk bantuan perniagaan. setelah sebulan perniagan yang dijanjikan untuk kos renovation (pengubahsuaian kedai ) tidak berlaku . Puan Aida kini dihimpit kesusahn hidup musnahlah perniagaan yang ingin dibina untuk membesarkan anak - anak . sebagai ibu tunggal.


si penipu ini tidak berhati perut dan telah menyusahkan ramai pihak . terutamanya warga emas dan ibu tunggal. siapakah lagi mangsa beliau? selepas ini

saya memohon kepada anda . berhati - hatilah jika anda tertipu atau sedang ditipu laporkan pada kami segera. saya mendapati penipu ini ada menggunakan ilmu pukau dan ilmu hitam untuk mencari mangsa baru.


Telah berlaku Beratus Penipuan dengan penyamaran ini. Beratus juga  Repot Polis telah di buat  dan Pihak PUNB segera mengeluarkan kenyataan untuk mengingatkan orang ramai mengenai penipuan ini


jika anda terserempak dengan penipu ini sila salurkan maklumat kepada kami  Pihak polis untuk tindakan tangkapan.

sekian


PINJAMAN MARA SYARAT PINJAMAN KEPADA USAHAWAN HARUSLAH DI PERMUDAHKAN



















PINJAMAN MARA MENYUSAHKAN ATAU MEMUDAHKAN USAHAWAN? 

Baru- baru ni saya  saya telah pergi ke Pejabat Mara Cawangan UTC Sentral untuk memohon Pinjaman Perniagaan. ketika saya sampai di Pejabat Mara, saya telah pun berjumpa dengan pegawai yang berkaitan untuk bertanyakan pelbagai persoalan pinjaman perniagaan tersebut.

setelah saya mendengar syarat tersebut saya telah gembira kerana pinjaman tersebut mudah. tetapi saya agak kecewa apabila perlukan jaminan cagaran tanah. atau mempunyai gaji 3% tetap . apabila saya bertanya persoalannya?


  • 3% ini gaji tetap dan kakitangan kerajaan.
persoalanya ? bagaimana pula jika tiada kakitangan kerajaan yang sanggup jadi penjamin . apatah lagi seseorang itu tiada talian darah dengan peminjam tersebut. 

kenapa pinjaman ini terlalu menyusahkan? kenapa tidak mudahkan pinjaman perniagaan ini bagaimana pula dengan mereka yang telah lama berkembang mesti susahkan. apabila tiada penjamin dan cagaran untuk di cagar. 

kesian orang macam saya dan usahawan lain yang susah nak berjaya dalam perniagaan dengan modal tidak seberapa banyak ni. 

saya minta kerajaan pakatan harapan yang baru ini bagilah pinjaman mudah dan mudahkan prosedur pinjaman ini . semoga tahun 2019 dapat pinjaman mudah dan geran yang dapat disalurkan kepada usahawan yang berpotensi. kami ingin bersaing dengan bangsa lain tapi kami tiada kekuatan kewangan . keperihatinan  kerajaan inilah dapat membantu kami kembangkan perniagaan kami ke peringkat antarabangsa. 

sekian terima kasih